Thursday, March 5, 2020


PERUTUSAN  
Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah 2020


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, 

Pertamanya, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah(AKKS) bagi tahun 2020.Saya mengambi lkesempatan ini,mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kepimpinan sekolah dan koperasi yang telah mengambil inisiatif menganjurkan majlis bermakna ini. Menjadi harapan saya,sambutan ini dimasukkan dalam takwin dan menjadi acara tahunan sekolah. Ini amatpenting dalam membangkitkan semangat dan menghidupkan budaya keusahawanan koperasi selaras dengan tema AKKS2020, “Koperasi Sekolah Tonggak Generasi Usahawan Unggul”.Ianya juga bertepatan dengan Dasar Keusahawanan Nasional untuk menjadikan Malaysia negara keusahawanan unggul menjelang 2030. 

ANGKASA telah sekian lama membentuk ekosistem keusahawanan unggul menerusi koperasi sekolah sebagai platform mengasah bakat dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar serta generasi muda d inegara ini. ANGKASA mengharapkan, pelajar akan menjadi pemimpin pelapis koperasi dan menjadi tokoh keusahawanan koperasi pada masa hadapan.Saya menyarankan,pelajar untuk terusbergerak aktif dalam koperasi apabila melanjutkan pengajian di universiti dan selepas tamat pengajian,ini kerana koperasi mempunyai prospek cerah untuk kerjaya dan keusahawanan,juga adalah pemangkin ekonomi kebanyakan negara pada hari ini dan akan datang.Usaha ANGKASA membangunkan koperasi sekolah telah mendapat kerjasama padu daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan pihak sekolah sendiri.Impak yang dapat dilihat daripada usahainiialah gerakan koperasi sekolah di Malaysia telah menjadi contoh diperingkat global. Pencapaian perolehan koperasi sekolah juga setaraf dengan koperasi dewasa.Justeru,saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada sembilan(9) koperasi sekolah yang berjaya mengekalkan perolehan RM1juta dan sebuah koperasi yang baru memasuki senara iperolehan RM1juta daritahun 2016 hingga kini, seperti berikut: 

1.Koperasi MRSM Kepala Batas Berhad; 
2.Koperasi MRSM Kubang Pasu Berhad; 
3.Koperasi Kolej Vokasional Tanah Merah Berhad; 
4.Koperasi MRSM Tun Abdul Razak Pekan Berhad; 
5.Koperasi MRSM Taiping Berhad;
6.Koperasi MRSM Batu Pahat Berhad;
7.Koperasi SMK Kota Berhad;
8.Koperasi SMKTansau Penampang Berhad; 
9.Koperasi SMA Kuala Lumpur Berhad; dan 
10.Koperasi MRSM Mersing Johor Berhad.(baru)

Sehingga kini,terdapat sembilan koperasi sekolah lagi yang sedang menghampiri perolehan RM1juta.Tetapkan usaha gigih anda dan jadikan kejayaan 10 buah koperasi diatas sebagai inspirasi. Bagi koperasi sekolah lain,anda juga mampu mencipta kejayaan dan berada sebaris dengan koperasi-koperasi sekolah yang cemerlang.   

Untuk itu, saya menyeru koperasi sekolah merebut peluang yangditawarkan oleh ANGKASA sebagai peruncit atau agen menerusi Projek Pembekalan Barangan Asas100 atau (BA100). Banyak manfaat dan kemudahan kepada komuniti sekolah untuk mendapatkan barangan asas pada harga berpatutan dengan jaminan kualiti setanding pasaran. Projek yang mendapat sokongan penuh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Suruhanjaya Koperasi Malaysia ini, merupakan usaha berterusan ANGKASA untuk menggerakkan perniagaan serta melonjakkan pendapatan koperasi,selain menjadi pemangkin mengurangkan kos sara hidup masyarakat. Justeru, saya mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada 575 koperasi sekolah yang telah mendaftar sebagai outlet BA100 dan saya mengharapkan sokongan penuh gerakan koperasi sekolah untuk turut sertam enyertai projek ini. 

Akhirkata, marilah kita menjadikan koperasi sekolah sebagai ekosistem terbaik membangkitkan nilai-nilai keusahawanan dalam diri generasi muda bagi melahirkan lebih ramai usahawan koperasi yang berjaya dinegara ini.Harapan kita ,moga prestasi koperasi sekolah terus unggul di peringkat nasional dan antarabangsa. Marilah kita bersatu dan bekerjasama menjayakan hasrat murni ini.

Sekian, Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dato’Abdul Fattah Haji Abdullah 
Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization

Wednesday, February 26, 2020

PAKEJ PKS BAWONG SUNGAI SIPUT (U) BERHAD

*Package 24 jam RM40*
XPDC Berekeh
Lawatan Kg OA Kajang

*Package 24 jam RM50*
XPDC Berekeh
Lawatan Kg OA Kajang
Anyaman & Kelarai produk PPKI

*Package 2H1M RM150*
XPDC Berekeh
Lawatan Kg OA Kajang
Anyaman & Kelarai produk PPKI
Lawatan KK - 3 tempat pilihan

*Package 3H2M RM180*
XPDC Berekeh
Lawatan Kg OA Kajang
Anyaman & kelarai produk PPKI
Lawatan Taiping - 2 tempat pilihan
Lawatan KK - 1 tempat pilihan

*Package Ambang Merdeka 3H2M RM200*
XPDC Berekeh
Lawatan Kg OA Kajang
Anyaman & kelarai produk PPKI
Band Ambang Merdeka
Lawatan KK - 3 tempat pilihan

*Package lain pun boleh atas perbincangan*
*Harga package x termasuk pengangkutan*

PELANCONGAN KOPERASI SEKOLAH : TAMU - SMK MUHIBBBAH @ SEKOLAH SENI MALAYSIA PERAK





PELANCONGAN KOPERASI SEKOLAH : TAMU - SMK TAMAN SERI SAUJANA JOHOR


                       

TAMU PKS BAWONG : SMK (ACS) METHODIST SITIAWAN PERAK